Review & feedback blogmegashaklee 1.0 dan kenapa nak lagi#blogmegashaklee 2.0
Lama betul dah tak berblogging. Bila ada aktiviti macam BlogMegaShaklee 1.0 ni memang bagus sangat. Aktiviti ni anjuran Master Norita dan dikelola oleh Master Salwa. Aktiviti kali ni lain sikit dari aktiviti Blogging sebelum ni. Kali ni memang betul-betul Mega.
Lepas 2 posting wajib, excited tau nak update blog. Shidah memang berharap sangat projek ni bersambung ke #blogmegashaklee2.0 pula. Ni sebabnya tau!
Kawan Baru
Pertama, kenal kawan baru bukan setakat dari Group Ireach di bawah Master Lyna atau Smartlicious di bawah Master Ainul. Tapi kali ni dari Group besar Master Norita super leader. Masyaallah. Memang lain maciam woo energi masing-masing. Tak sempat lemau. Kalau rasa nak down bangun sebab kita tengok orang lain semangat berblogging. Bila diassign sparring partner lagi la kita bersemangan kan.
Aktifkan Blog
Ramai tau dalam Shaklee dah ada blog dan mempunyai skill menulis yang hebat. Bila adanya projek Mega ni, mana-mana yang lama tidak update blog atau blog bersawang tu boleh la mula aktif semula dan terus berkongsi manfaat. Buat blog baru yang fresh untuk semangat baru. Wuhuuu!!
Eh yang baru kita tak tinggal tau!. Kita bagi sama-sama naik. Baru syiok.
0 Comments