Apa itu Intermittent Fasting?



Tiba-tiba nampak video Intermittent Fasting ("IF") lalu-lalang dekat medsos kita. Macam seronok tengok result diorang turunkan berat badan. 

Apa sebenarnya Intermittent Fasting ni?

Intermittent Fasting ni adalah sejenis kaedah diet di mana sebenarnya kita menyusun pemakanan kita mengikut jadual. Biasa orang sebut IF je sebab lebih mudah. IF ni sebenarnya kita susun bergilir di antara waktu untuk makan dan waktu kita berpuasa.

Senang nak faham macam ni la! Kita makan dari tempoh waktu tertentu dan berhenti pun pada waktu tertentu. Ala macam kita berpuasa di bulan Ramadhan je. Cuma kaedah dilakukan berbeza.

Cara ni insyaallah membantu Shidah yang dah rasa badan sudah start membulat semula dan perlu untuk menurunkan badan. Baju-baju dah mula mengecil. Hahaha! Baju yang salahkan. Ada tak yang satu geng?

Sebelum nak start IF, lebih baik kita ambil tahu dulu apa lebih detail tentang IF supaya bila kita nak buat nanti lebih jelas dan fokus. 


Cara-cara buat Intermittent Fasting?

Ada pelbagai kaedah nak buat IF ni. Untuk lebih mudah untuk kita memilih, IF ada tujuh (7) jenis macam dekat bawah ni;-

1. Alternating day fasting - Teknik berpuasa secara berselang seli di antari hari 'makan-makan dan 'hari berpuasa'

2. One day per week fasting - Puasa 1 hari je seminggu

3. Up to 9th hour fasting - Puasa cukup 9 jam sahaja

4. One meal per day fasting - Makan 1 kali dengan hidangan besar

5. Overnight fasting - Berhenti makan 5 jam sebelum tidur. bangun tidur boleh makan semula. Kebiasaannya ni 12 jam puasa

6. 16/8 fasting - Puasa 16 jam dan makan 8 jam

7. Puasa sunat Isnin & Khamis - Ini tetap terbaik sebab sunnah nabi. puasa dan dapat pahala sunat sekali. Masyaallah.


Ada cadangan tak cara Intermittent Fasting yang sesuai untuk Beginner?

Berdasarkan pengalaman Shidah tahun 2022, Shidah mulakan dengan Overnight IF 12 jam puasa 12 jam makan. 

1. Pilih masa yang tetap untuk buat IF ni. 

2. Contohnya waktu makan dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 8.00 malam. 

3. Kemudian kita mula berpuasa dari pukul 8.00 malam sehingga la ke 8.00 pagi.

4. Begitulah rutin harian kita. Kita akan dapat rasa perbezaan berpuasa ni. 

Bila kita dah selesa dengan IF 12 jam tadi bolehlah kita tingkatkan masa puasa kita ke 16 jam. Ini antara masa yang terbaik yang disyorkan dan sangat membantu pembakaran lemak dalam badan kita. 


Apakah Kebaikan Intermittent Fasting?

Apabila kita membuat intermittent fasting, badan kita akan bertindakbalas di mana;-

1. Membantu Badan Kita Memproses Nutrien Secara Berkesan

Makan ni memang la penting untuk kelangsungan hidup. Tapi kalau kita asyik makan sahaja dan tak berhenti-henti. Memang penat la sistem pencernaan nak memproses. 

Baru la badan kita boleh memproses segala nutrien yang ada dalam makanan kita padam 


2. Membakar lemak dengan lebih efektif

Apabila kita start buat intermittent fasting 16 jam, kita akan kurang makan. dan secara automatiknya berat akan seiring juga turun.

Bila kita berpuasa dengan teknik IF ni, ia kan meningkat kepakaran hormon badan kita. Hormon kita ni bila lebih peka secara tak langsung akan menjadi lebih sensitf. Baru kita berkobar-kobar kan!


3. Otak akan lagi cekap 

Rupanyakan bila kita berpuasa ni, ada satu protein akan dikeluarkan oleh badan kita. Yang ni Shidah pun baru tahu. Hehe.. Protein tu nama dia Brain-Dereived Neurolofic factor (BDNF).

BDNF ni la yang akan trigger kepada setiap sel kita dengan mengaktifkan sel stem otak untuk bertukar kepada nueron-nueron baru. 

Bukan tu je tau! BDNF ini juga lah melindungi dan meningkatkan keupayaan otak supaya lebih cekap dan cepat tangkap.


4. Meningkatkan kepekaan insulin badan

IF sangat baik untuk membantu kita untuk terus sihat. Kenapa tau! sebabnya IF sangat memberi kesan kepada tahap pengawalan insulin badan kita. 

Ada kajian berkaitan IF menunjukkan penurunan paras gula dalam darah. Apabila darah mengurangkan kadar rintangan insulin. Memang sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis. 


5. Awet muda dan tingkatkan sistem pertahanan

Hah! part ni memang ramai la suka. Lagi kalau orang puji "Eh! tak nampak macam 40an pun. Baru macam budak sekolah menengah". Wow sangat kan 

Bila kita berpuasa, ia sangat membantu badan memperbaiki sel-sel rosak disebabkan radikal bebas seperti asap. Baru la sistem pertahanan kita semakin meningkat dan kuat bekerja 


Klik Sini Tengok Video Shidah masa buat Intermittent Fasting


@shidahsini

Day 2. Apa Shidah rasa. tu banyak shidah rasa tu 🤣🤣

♬ original sound - Shidah Abdullah981 - Shidah Sini


Testimoni Sahabat

Antara yang membakar semangat Shidah nak buat IF ni ada seorang sahabat hebat ni. Boleh tengok Ainul Mustafa dan suaminya. Mana taknya dia semakin cantik dan menawan walaupun anak berderet-deret. Mestilah kita follow kan!


Macamana? Rasa semangat tak nak buat


Salam sayang dari 

Shidah Abdullah (Shidah Sini)



Comments