Kepentingan Vitamin C Shaklee pada Tubuh Kita




Antara produk terglamour confirmlah Vitamin C atau nama penuhnya Sustained Released Vita-C Plus. Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik yang mana nutrien ni sangat penting yang memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi badan. Penting untuk tingkat imun badan, penghasilan kolagen, menyembuhkan luka dengan cepat dan kesihatan badan secara menyeluruh.


Ingat tau! Vitamin C tidak dihasilkan sendiri oleh badan. Kita kena mengambil melalui sumber makanan seperti buah-buahan dan sayuran. 


Cuma tengok senarai ni. Senarai top 10 buah-buahan dan sayuran yang tinggi kandungan vitamin C dari MyFoodData. Dari senarai ni yang mana paling kerap anda ambil untuk melengkapkan nutrien vitamin C dalam badan kita.  Kalau tengok la kan, saya cuma kerap ambil buah oren sahaja untuk melengkapkan nutrien vitamin C dalam badan. 



Vitamin C adalah vitamin larut air yang memainkan beberapa peranan penting dalam tubuh kita. Pentingnya vitamin C mengikut fungsi dan faedah kepada kesihatan kita. 

1. Sifat Antioksidan

Vitamin C mengandungi antioksidan yang kuat di mana ia akan membantu melindungi sel dan tisu tubuh kita daripada rosak disebabkan oleh radikal bebas dan tekanan oksidatif. 

Bila kita konsisten mengambil vitaminc C, ia sangat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik termasuklah penyakit jantung dan jenis kanser tertentu.


2. Sokongan Sistem Imun

Peranan vitamin C adalah menyokong sistem imun badan. Bukan itu sahaja, ia membantu merangsang pengeluaran sel darah putih dan menggalakkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan.


3. Penghasilan Kolagen

Tengok kolagen mesti terbayang kulit tegang cantik. Kolagen sebenarnya protein utama yang membantu mengekalkan kesihatan kulit termasuk juga kesihatan rawan dan tulang.

Vitamin C adalah penting untuk sintesis kolagen, menjadikannya penting untuk kesihatan kulit dan penyembuhan luka.


4. Penyembuhan Luka

Proses penyembuhan luka semula jadi badan sangat memerlukan Vitamin C yang cukup. Ia membantu badan kita membentuk saluran darah baru dan tisu penghubung, yang membantu dalam pembaikan tisu yang rosak.


5. Penyerapan Zat Besi

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh kita terutama mereka yang mengalami anemia kekurangan zat besi.


6. Kesihatan Otak

Pengambilan vitamin C dapat memberi kesan perlindungan pada fungsi kognitif (pemikiran) dan mengurangkan risiko penurunan kognitif apabila usia kian meningkat.


7. Kesihatan Kardiovaskular 

Vitamin C juga dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit jantung. Ia membantu menurunkan tekanan darah, memperbaiki fungsi saluran darah dan mengurangkan risiko aterosklerosis.


8. Kesihatan Mata

Vitamin C boleh membantu mengurangkan dua keadaan mata biasa iaitu risiko katarak dan degenerasi makula disebabkan faktor usia yang boleh menyebabkan gangguan penglihatan.


9. Kesihatan Kulit

Sifat antioksidan vitamin C boleh membantu melindungi kulit daripada kesan berbahaya sinaran UV dan boleh menyumbang kepada kulit yang lebih sihat. Pengambilan konsisten kulit akan lebih lembap dan cerah.


10. Mengurangkan Simptom Alahan

Ada kajian yang menunjukkan vitamin C boleh membantu mengurangkan keterukan gejala alahan. Walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan dalam bidang ini.


Keistimewaan Vitamin C Shaklee

  • Dihasilkan daripada bahan semulajadi iaitu ekstrak jagung dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif.
  • Menggunakan sistem pelepasan berperingkat (Sustained Release) di mana sistem ini melepaskan vitamin C sebanyak 500 mg (1 tablet) secara berperingkat selama 5 jam. Setiap 1 jam, sebanyak 100mg vitamin C akan dilepaskan. Baguskan.
  • Mengandungi 120mg Bioflavonoid Sitrus yang membantu untuk meningkatkan  keberkesanan vitamin C dan bertindak secara sinergi dengan vitamin C. Barulah dapat meningkatkan kadar penyerapan vitamin C. 
  • Ia juga membantu melegakan inflamasi dan menentang serangan radikal bebas.
  • Tablet kandungan vitamin C bersamaan 500mg dan bersamaan RM 0.43 dan juga bersamaan 7.5 biji oren, 6 cawan brokoli dan 119 biji lobak merah. Anggaran sebiji vitamin C bersamaan 7.5 biji oren RM13.50. Larat korang nak makan banyak ni. Baik telan vitamin C aje.

Macamana nak dapatkan Vitamin C Shaklee

Boleh berhubung terus dengan Shidah dan Shidah akan bantu untuk pembelian.

Boleh juga terus klik gambar Vitamin C dibawah untuk pembelian terus secara online. 

Mudah kan! 



Salam Sayang dari Shidah untuk anda semua! Semoga setiap hari anda ceria dan bahagia.

Comments