7 Makanan Keperluan Wanita Mengandung



Tahniah ye ibu sebab disahkan mengandung! 

Mesti best sangat dan excited sebab bakal menerima baby baru. Ye la kan. Anak itu rezeki dan mengikat kasih sayang antara suami dan isteri.

Apa yang paling pentingkan dalam fasa ni ibu kenalah terus kekal sihat untuk memastikan perkembangan baby dalam perut sihat dan ibu juga terus sihat untuk mengharungi tempoh 40 minggu sebelum melahirkan. 

Antara setiap ibu-ibu yang mengandung akan merasai pengalaman tersendiri dalam fasa mengandung ni. Yang paling pentingn, ibu mestilah menjaga berat badan yang bersesuaian dari mula berat mengetahui fasa mengandung.

Saya ada terbaca di website myhealth.gov.my berat yang bersesuaian untuk ibu yang sedang mengandung ni. Boleh rujuk jadual di bawah bagi memudahkan untuk memahami. 

Keadaan berat semasa ibu

Jumlah berat perlu ditambah

Jika ibu kurang berat badan

Tambah antara 12kg ke 18kg

Jika ibu beratnya normal

Tambah antara 11kg ke 16kg

Jika ibu beratnya berlebihan

Tambah antara 7kg ke 11kg

Jika ibu mengandung anak kembar

Tambah antara 16kg ke 20kg


Apa makanan penting untuk ibu mengandung ambil dalam menu harian?

1. Daging tanpa lemak

Daging sumber protein

Daging seperti daging ayam, lembu dan kambing adalah sumber protein berkualiti tinggi. Sebaiknya, carilah daging tanpa lemak. Penting sangat pengambilan protein yang cukup untuk penghasilan enzim dan hormon yang menyokong sistem imun dan dapat mengekalkan tenga dan stamina ibu ketika sedang mengandung.
Bukan itu sahaja, terdapat juga zat lain seperti zat besi dan vitamin B dalam pengambilan Daging lembu yang sangat penting untuk menghasilkan sel darah merah untuk menghantar oksideng kepada semua sel dalam badan ibu yang mengandung. Ibu juga perlukan zat besi yang lebih banyak memandangkan jumlah darah ibu juga sedang bertambah.

Tapi ibu kena ingat tau. Elakkan makan daging diproses seperti burger atau sosej sebab ia kurang segar dan boleh mengakibatkan kehilangan nutrisi yang baik. Bukan tu sahaja, ia menjadi perantara bakteria dan parasit apabila ia dibekukan terlalu lama. 


2. Kekacang dan bijian

Mengantuk ketika hamil perkara yang sering berlaku. Sekiranya anda sedang bekerja elakkan mengambil kudapan yang tidak berkhasiat sebaliknya bertukarlah kepada kekacang dan bijian seperti kuaci, badam, pistachio dan walnut. Seeloknya, cari kekacang daripada sumber asli yang tidak bergaram dan berperisa.

Semua jenis makanan ini mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan lebih cekap seperti folat, kalsium, serat, dan besi. Selain itu, minyak kacang walnut juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak bayi di samping membantu menangani stres ketika hamil.


3. Sayuran berdaun hijau

Manfaat sayuran untuk wanita hamil memang tidak dapat dinafikan terutama sayuran berwarna hijau tua. Bayam terutama sarat vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C dan K serta folat yang sangat penting untuk tubuh. Sayuran juga membantu meregulasikan sistem pencernaan agar semua toksin dapat disingkirkan daripada badan.


4. Buah aneka warna

Tahukah anda, makanan untuk ibu hamil perlu datang dari pelbagai sumber warna seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih. Ini bagi memastikan bayi mendapat pelbagai nutrisi kerana setiap kelompok warna yang berbeza memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh.


5. Kurma

Kurma salah satu makanan sunnah yang terbukti secara saintifik memberi tenaga kepada ibu hamil. Sebab itulah ia menjadi makanan pelengkap yang cukup popular pada ketika puasa. Di samping itu, ia berfungsi membantu mengendalikan denyutan jantung dan tekanan darah serta merawat sembelit.

Bukan setakat kurma, kismis, buah tin, aprikot atau apa saja buah-buahan kering juga amat baik untuk kesihatan ibu mengandung. Namun harus diambil dalam jumlah yang disyorkan sahaja.


6. Susu dan makanan berkalsium tinggi

Susu sinonim sebagai makanan untuk ibu hamil kerana ia mengandungi kalsium yang tinggi. Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan dua kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika kekurangan kalsium, tubuh berasa letih, tidak sihat dan berisiko mengalami anemia (kekurangan darah).

Bagi yang alah dengan susu mereka boleh mendapatkan sumber kalsium ini melalui pelbagai jenis makanan lain seperti ikan, tauhu, keju, dan dadih. Semua jenis makanan ini memiliki nilai kalsium yang tidak kurang banyaknya berbanding susu.


7. Air kosong

Walaupun air kosong tidak mempunyai nilai nutrisi, namun ia memiliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan keseluruhan sistem tubuh. Malah, ia mengembalikan kesegaran tubuh dan ‘menahan’ rasa lapar yang sering berlaku ketika hamil. Selama kehamilan, anda disarankan untuk minum sekurang-kurangnya dua liter air kosong sehari.


Apa jadi kalau kekurangan setiap zat dan mineral dari makanan-makan di atas?

-------

Shidah Abdullah
Business Leader Shaklee

Comments