Puasa dah habis ganti ke belum?. Ramadan lagi beberapa hari je lagi. Excited rasanya nak bertemu ramadan. Satu syiar yang memberitahu seluruh dunia bahawa orang islam sedang berpuasa. Sahabat-sahabat kita yang berbangsa lain juga tahu bahawa kita berpuasa dan akan ada bertanya "Ko puasa tak?". Hehe.
Apa yang kita paling rindu dengan ramadan?
Untuk omak-omak pastinya penyediaan lauk bersahur yang simple tapi menaikkan selera bersahur. Lepas tu, menggerakkan ahli keluarga terutama anak-anak bangun untuk bersahur bersama keluarga. Masa ni nampak la keletah yang bangun tapi sambung tidur duduk. Pegang pinggan tapi mata pejam. Hehe.
Paling rindu kenangan masa PKP tu, solat berjemaah beramai-ramai berimankan imam dan imamah muda sebagai latihan untuk diorang dari kecil. Kita teruskan usaha solat berjemaah kali ni. Target semua waktu. Paling kurang subuh dan maghrib kita usahakan.
Berbuka korang sure tak lupakan nak meraikan kehadiran bazaar ramadan dan meraikan kehadiran kedai-kedai baju raya. Hehehe. Ingat! Jangan membazir dan boros tau. Eh terpesan kat diri sendiri. Hehe
Kami port tarawih memang dah ada port sama je. Ada sesekali tukar angin ke masjid atau surau lain. Rindu Ramadan untuk istiqamah bangun bertahajjud. Paling penting moga kita direzekikan kita mendapat Lailatul Qadar malam yang dinantikan oleh kita semua. Malam kemuliaan lebih dari 1,000 bulan. Masyaallah.
Apa persediaan kita nak menghadapi Ramadan al Mubarak?
Untuk mencapai ibadah puasa yang sempurna dan yang terbaik, persediaan kena la mula seawal bulan rejab dan syaaban lagi. Momentum kena ada. Jaga solat awal waktu. Antara pesanan Ustazah Nomi dalam kelas halaqah ;-
- Usahalah jadi hamba yang kusyuk. Macamana nak tau kusyuk tu macamana? Orang kusyuk ni kan dia baru je selesai solat zohor, dia dah rasa tak sabar menunggu solat Asar. Masyaallah.
- Bukan tu sahaja, bila berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Juga menahan diri dari nafsu terutamanya mengumpat. Mengumpat ni yang kita tengok video-video viral tu pun kena hati-hati. Sama-sama join la tu. Adeh. Pedih wei.
Pengalaman Dengan Set Puasa Shaklee Senang. Ikut Step 1, 2 dan 3
1. Jaga perut semasa bersahur
Antara cabaran orang tak berpuasa salah satunya tak sempat sediakan juadah terutama orang bujang. Eh jangan kata orang bujang la. Kadang-kadang omak-omak pun terbabas. Kali ni puasa nak kekal fit dengan Cinch Shake.
Cara bancuh senang sangat!
Ambil je botol shaker dan letak 2 scoop Cinch terus goncang-gocang. Dah siap! Complete protein, serat tambahan dan 20 mineral untuk lengkap nutrisi masa berpuasa. Wah! ada gaya nutritionist kan! Sharing is caring. Tu bila kita bancuh dan minum Cinch Shake ni, memang rasa kenyang tu lebih lama. Yang paling pentingkan, muscle-muscle korang akan terpelihara sebab dalam Cinch ada Leusina yang menjaga jisim otat dan nak dapat berat ideal dan cutting cun masa raya. Phewit!.
Ada tiga (3) jenis perasa khas untuk korang.
- Cinch Chocolate
- Cinch Caffe Latte
- Cinch Vanila
1 Comments
Terbaik sangat ❤️
ReplyDelete