Pernah tanya dekat diri sendiri kenapa la susah nak rasa berjaya? Ini juga antara masalah orang yang baru nak bermula. Terfikir macamana nak ajak orang ni? Macamana pula nak ajak diorang start bisnes. Malam ni bincang-bincang dengan kawan-kawan Projek J.
1. Banyak beralasan
Kita akan cakap "ala tak sempat sebab jaga anak" atau "tak sempat la nak buat".
Tapi realiti sebenarnya kita takut untuk memikul tanggungjawab dan mula memberi alasan.
Sebenarnya kita mampu untuk buat. Kita tak tahu apa yang Allah rencanakan untuk kita
Apa yang kita perlu buat sebenarnya buka hati kita untuk berimpian besar membantu orang lain dengan berkongsi idea untuk upgrade diri.
Allah tahu kita mahu tapi Allah nak tengok kita nak buat dan rela untuk buat. Baru Allah tunjuk jalan lebih luas. Ingat tau! Kejayaan adalah tanggungjawab kita untuk kita cari.
2. Komplain tentang partner bisnes kita
"Ala dia sibuk tak sempat buat". Pernah tak cakap perkara yang sama. Perasan tak kita pun akan berjumpa orang yang sama macam kita.
Contohnya kalau kita jenis orang yang sibuk dan banyak perkara tak sempat. Allah temukan orang yang ada masalah yang hampir sama.
Eh! masa tu pandai pula kita bagi cadangan macamana nak menguruskan rumah dan anak-anak. Sebab apa? sebab kita pun melalui perkara yang sama.
Percayalah kita mampu membantu orang yang macam kita untuk buat income tambahan sama macam kita. Masa tu Allah akan tunjuk jalan macamana nak uruskan keserabutan rumah.
So bukan kita sahaja. Bila kita mula berubah, insyaallah akan ada perubahan juga pada circle bisnes kita.
3. Tak servis pelanggan dengan baik
Bagi yang dah mula berbisnes bertahun-tahun. Tak pula servis pelanggan dengan baik. Apa kata korang senaraikan elok-elok database pelanggan korang. Kategorikan la elok-elok. Kemudian start buat engagement semula. Jangan la terus terkam share promo. Tanya la khabar dulu. Baru la sharekan informasi-informasi tentang produk, promo ataupun bisnes.
4. Sibuk ukur poket pelanggan
5. Tidak ada jadual tugasan harian untuk bisnes
Bila kita nak berjaya tapi kita tidak merancang aktiviti kita seperti bila nak tulis blog, bila nak buat video, bila nak update media sosial dan apa perlu dikongsikan. Memang la tak akan ke mana-mana dan tak tersusun.
Shidah cadangkan korang susun betul-betul dan siapkan bahan-bahan untuk kita update. Macam sahabat saya AJ share, dia dah cari siap-siap poster-poster untuk dikongsikan dalam media sosial termasuk whatsapp story dia. Macam ni baru betul-betul nak berjaya dalam bisnes.
Harap posting kali ni membantu korang lebih bersemangan untuk berjihad dalam bisnes. Jom ke puncak sambil kita cari income untuk keluarga kita bantu kawan-kawan lain.
Kita belanja gambar meeting Projek J malam ni.
Nak mula bisnes. Jom Shidah tunjukkan! Klik Sini
Yang Benar,
Shidah Abdullah
0 Comments