5 Persediaan Ibu Berkerja Dari Rumah Sepenuh Masa



Cita-cita semua ibu-ibu yang berkerjaya adalah untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan dapat menguruskan keluarga. Berkerja dari rumah sambil tengok anak-anak membesar depan mata dan dapat menguruskan suami sebelum ke tempat kerja. 

Sebelum semua menjadi realiti, perancangan dan persediaan mesti disusun rapi. Bukan mudah tau kerja dari rumah!. Paling utama persediaan mental. Nampak macam happy-happy je tapi sebenarnya lebih mencabar jika tidak bersedia dengan rapi.

1. Persediaan Mental 

Pandemik Covid 19 banyak memberi kita gambaran kita sebagai full time menjadi "Work at Home Mom" atau singkatannya WAHM. Ingat lagi masa tu merasa untuk bekerja sepenuh masa dari rumah sambil menguruskan keseluruhan rumah. 

Kalau waktu biasa, 5 hari kita menghantar anak-anak ke rumah pengasuh dan fokus pada kerja di pejabat. Tetapi semasa covid, kita perlu menguruskan keseluruhan rumah 7 hari seminggu berbanding semasa kita bekerja. 

Rupanya bukan mudah untuk berkerja dari rumah dengan hiruk pikuk rumah, anak menangis dan bergaduh dan tak lupa pernyediaan makanan perlu tersedia kerana kekerapan masing-masing lapar. 

Apa yang sebenarnya penting adalah persediaan mental kita untuk mula mengadaptasi keadaan bekerja dari rumah. Persediaan mental dalam ketahanan melihat rumah tidak teratur dan mendengar gamatnya rumah.

Belum lagi dari A to Z kita sebagai ibu buat dari pagi menghantar anak-anak sehingga melihat semuanya lena tidur.

Sememangnya perlu ada mindset yang besar dan tenang. Ibu, kitakan sentiasa berhati besar 😎


2. Penyusunan Masa Untuk Keluarga

Buat To-Do-List atau checklist dan menyusun masa tugasan seharian termasuk . Bila kita ada list harian insyaallah lebih mudah dan tersusun kehidupan. Walaupun akan ada lompong-lompong, kita akan sentiasa memperbaiki checklist kita.

Yang pentingkan sebenarnya jadual solat kita kena on time. Masuk waktu terus je pergi solat. Insyaallah selebihnya Allah mudahkan kita untuk follow jadual harian kita. 

Antara checklist penting perkara yang buat kita akan selalu lakukan secara berulang dan membuat kita rasa kepenatan. Kita perlu memperbaiki cara pengurusan.
  1. Menguruskan kain - kita perlukan meletakkan hari yang khusus untuk kita menyelesaikan kain-kain ni dari membasuh, melipat sehinggalah menyusun. 
  2. Memasak - penyediaan bahan-bahan tumis boleh la dibuat dan tentukan menu lebih awal. Masak pula awal-awal pagi. 
  3. Menyapu - fokus setiap pagi untuk menyapu dan mengemop bersih rumah akan kita sekeluarga lebih selesa
  4. Membuat hobi - Hobi seperti menanam pokok bunga, membela haiwan juga perlu diurus di dalam jadual.
  5. Menghantar dan mengambil anak - Lebih mudah jika dapat diuruskan transport khusus untuk anak-anak pergi dan balik supaya kita tidak terlalu terlibat dengan kesesakan jalan raya yang akan mengganggu tugasan lain dan stress. 


3. Pengurusan Kerja

Sebaiknya waktu bekerja di rumah perlu ditentukan sama macam kita bekerja dengan majikan. Waktu bekerja tetap adalah lebih baik. Kita lebih teratur dan tertib. Clock in dan out mengikut masa. Pengurusan bisnes akan lebih tertumpu kepada
  1. Pengurusan Kewangan termasuk Jualan dan Belian 
  2. Pengurusan Leader Bisnes
  3. Pengurusan Stok 
  4. Pengurusan Media Sosial
  5. Pengurusan Penghantaran
  6. Pengurusan Promosi
  7. Pengurusan Latihan (online atau luar talian)
Banyakkan semuanya perlu diatur dengan baik dan insyaallah akan dikupas lebih mendalam dalam penulisan lain. 


4. Makluman kepada pasangan dan anak-anak

Jadual pengurusan tidak akan berjaya kalau kita seorang sahaja tahu. Kita perlu maklumkan pada keluarga kita plan harian kita supaya mereka sama-sama dapat adapt dan memberi ruang untuk kita menjalankan tugasan kita. 

Kita juga boleh meminta tolong pada mereke untuk membantu bagi memudahkan urusan rumah seperti menyelesaikan bahagian masing-masing seperti membasuh pinggan sendiri, melipat baju sendiri. Sambil itu mereka juga dapat mendisiplinkan diri sendiri.


5. Latihan Jadual Harian

Yang paling penting adalah membuat latihan terus dan membuat pengubahsuaian jika ada keperluan. Masa ini kita akan nampak lebih jelas kesesuaian setiap to-do-list kita. Yang penting fokus kita adalah menjadi yang terbaik setiap hari dengan memastikan elemen kekeluargaan, keagamaan, kesihatan dan kerjaya semuanya seimbang.

Insyallah saya doakan kita mampu dan berjaya dalam bisnes yang kita ceburi. 


Dari Leader Shaklee anda
Shidah Abdullah 
Pengedar Shaklee Nilai Sepang


Klik Namecard ini untuk terus menghubungi saya



Comments