9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Hari ni santai-santai nak share dekat korang yang mencari macamana nak cari komuniti atau 'circle' yang betul untuk korang buat duit. Bila kita nak buat sesuatu bisnes sebaiknya adalah kita berada dalam satu komuniti yang 'supportive'. 



Pernah tau borak dengan En. Abang pasal nak buat bisnes Shaklee. Masa tu sharing biasa-biasa dengan kawan-kawan dapat buat Sales. Dia cakap buat la sebab dia kata bila Shidah buat bisnes ni dia nampak Shidah happy. Satu lagi duit dia tak habis. 


Selain dari tu ada lagi perkara yang buat saya stay dan terus fight dalam Komuniti Bisnes Shaklee. 

1. Suka berkongsi ilmu

Masa mula-mula join Shaklee ni hanya sebagai ahli makan sendiri. Masa tu terus join group whatsapp dengan kawan-kawan lain. Dalam tu macam-macam sharing tentang kesihatan. Dari situ juga ada aktiviti-aktiviti macam berblog dan berbisnes. Belajar buat youtube pun ada tau. Walaupun masing-masing menjual benda yang sama, mereka semua tak lokek berkongsi elok. 


2. Circle Positif 

Kalau nak berbisnes tapi kita sorang-sorang kayuh. Memang lama-lama kita akan berhenti kepenatan. Tapi dalam Shaklee ni, bayangkan sejauh-jauh upline ke atas, sideline semua kita boleh berkenalan dan bertukar-tukar idea. Bukan tu je, boleh kongsi cabaran bisnes dan cara nak hadapi masalah. Korang tak tengok lagi yang kita deal kalau pelanggan jauh-jauh. Alhamdulillah mudah sangat.


3. Seimbang Dunia Akhirat

Selain dari masing-masing mengejar bisnes yang berjaya, team shaklee tak leka dengan dunia sahaja. Ingat lagi masa mula-mula join, leader menggalakkan kita tingkatkan amalan rohani seperti berzikir, jaga solat awal waktu dan lain-lain. Sebab rezekikan semua dari Allah. Kita jaga solat kita, Allah mudahkan semua urusan kita termasuk bisnes.


4. Latar Belakang yang berbeza

Semua berhak berjaya. tu yang terbukti di Shaklee. Ibu-ibu dikalangan suri rumah juga mampu berjaya sehingga ke peringkat master coordinator. Bukan tu je, golongan-golongan profesional juga ada dalam Shaklee seperti doktor, engineer. Walaupun macam tu, "talak sombong". Hehe. tak kisah pun nak berkongsi tips kehidupan, kewangan, masak memasak, mengurusan bisnes dan banyak lagi la.


5. Dapat Kemahiran Baru

Masyaallah dengan Shaklee memang banyak sangat skill dari menulis, buat video dan kemahiran komunikasi saya dapat diperbaiki. Kelas banyak sangat dikongsikan secara percuma. Kalau ada bayaran pun hanyalah untuk makan dan material. Huish tak kan la tak nak grab lagi. Peluang dah depan mata. tinggal nak buat je.


6. Travel Sama-sama

Yang ni paling mengujakan bila dapat trip hadiah dari Shaklee atas pencapaian dalam bisnes shaklee. Ni antara yang paling diidamkan. Insyaallah tahun 2024 nanti akan join trip ni. Bila pergi trip ni semuanya telah disediakan oleh Shaklee siap dengan duit belanja lagi. Dalam perjalanan tu start la perkongsian idea dari leader-leader. berkenalan dengan team lain juga. 

7. Poster dikongsi untuk kegunaan ramai

Banyak tau poster yang sahabat-sahabat kita kongsikan boleh dijadikan rujukan atau bahan untuk kongsikan pada orang ramai. Bagi yang kekalutan bukan la satu kekangan lagi. Sebab apa? sebab bahan-bahan semua dah dikongsikan. Tinggalkan kena bertindak.

8. Disokong oleh pakar-pakar dari Shaklee

Bagi ilmu kesihatam pula, terdapat pakar-pakar bertauliah seperti doktor-doktor, saintis-saintis dan nutritionist yang akan memastikan kualiti produk terpelihara dan juga memberi latihan kepada semua ahli shaklee dan juga bisnes leader. Memang sangat-sangat berpengalaman. 

9. Mencipta fenomenanya tersendiri

Cuba anda google masalah berkaitan penyakit. Pastinya akan naik blog-blog tentang shaklee yang telah mewarnai SEO. Punya la bersatu padu masing-masing.

Tu yang Shidah sangat mengharapkan Komuniti Shaklee terus berjuang untuk perkongsian ilmu dan kemahiran dengan Shaklee. Amin  



0 Comments

Follow Me On Instagram