SAKAN RAYA MAK ANAK LIMA, SHAKLEE MANA BOLEH LUPA KOME

Selamat hari raya semua! Apa tema baju raya korang tahun ni? 

Kami satu family tema Blue Black. Bila scroll social media, ramai juga bertemakan Blue Black. Kita Geng! Hahaha. Tema ni kira sekali la dengan tema adik bongsu kami yang insyaallah bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ni. Senang! Tak payah fikir banyak kali. 


Korang #teamraya mana pulak?

Kami beraya hari pertama #teamrayaSelangor dulu dan kemudian hari raya ke 3 gerak balik ke #teamrayaPerak. Gitu! 

Lepas solat raya

Kali ni memang best sangat sebab adik-beradik memang rezeki dapat bertembung semua raya sekali. Biasa ada yang tak sama turn, ada yang keje shift. Memang betul-betul bersyukur sangat kali ni.

 

Family Abang Sulung

Family Abang Kedua

Family Shidah (Anak Ketiga)

Family Anak Keempat


Family Anak Kelima

Mak Abah dengan Adik bongsu

Memang kena ready meredah jem. Memang kena ada stamina sebab lepas tu nak terus singgah-menyinggah ziarah saudara-mara di kampung dan di bandar. 

Tak apa. Demi Raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa (Alhamdulillah penuh tahun ni). Kena semangat kome oi. Sanggup berkorban jiwa raga. 


Macamana pula dengan menu raya?

Cerita pasal menu raya. Masyaallah! Nikmat sungguh kome oi. Tahun ni kitorang bersemangat menganyam ketupat. Alhamdulillah dah bertambah dikalangan kami adik beradik dan cucu-cucu atok yang boleh menganyam. 

Biasa part menganyam ni abah assign Shidah supervise. Masing maintain skill menganyam ketupat biasa. Rupanya Iqah, adik Shidah pandai buat ketupat bawang, kita pun dapat la belajar sekali. Memang hebat orang-orang lama membuat anyaman. Tak ada la pula gambar tengah menganyam sebab masing-masing freehair. hahaha. 

Benda asas menganyam ni, size daun, panjang daun pun main peranan. Baru perasan juga kalau daunnya terlalu lebar, kena potong sikit bagi size biasa baru dianyam. Kalau daunnya pendek sedikit, ketupat bawang lebih mudah nak adjust. 

Menu wajib iaitu rendang ayam dan Iqah buat rendang tok. Lemang import dari Taiping 5 batang. Nasi impit kukus dalam periuk nasi. Hakimie, adik ipar order pula sate dan kuah sate untuk main bakar-bakar. Memang betul-betul makan kali ni kome. Tapi tetap berjaga-jaga. 

Yang lelaki tolong masuk beras dan pulut



Bila dah beraya sakan ni, sempat tak main mercun?

Mesti la kan. Bagi la chance budak-budak merasa raya. Beli simple-simple je bunga api, Mercun mancis, mercun rocket dengan mercun tembak tu. Jadi la lepas gian. Hahaha

Excited si kecik ni main bunga api

Geng mercun mancis

Taiko mercun 🚀 

hari raya dengan Shaklee memang wajib woo 

Makan sedap sangat kan. Vitamin memang tak lupa. Angkut bawa balik sekali ni raya. Borak-borak masing-masing discuss pasal kesihatan. Nampak naw dah berpindah fasa umur . Memang pun. Kita memang kena jaga dari mudakan. Bayangkan anak-anak dulu kecik, sekarang dah besar masing-masing. 

Untuk raya ni, memang kena la buat detox. Yang belum pernah buat marilah pulang ke pangkal jalan. Hahaha.. Kita legakan semula perut kita dengan detox badan, hati dan usus secara menyeluruh dengan vitamin-vitamin ni.

Vitamin Pilihan

Fungsi

Cara Makan

Harga Vitamin (RM)

CoQ Trol

Kurangkan lesu badan selepas makan kenyang sangat

1 biji selepas sarapan

RM148.75

DTX Complex

Menyingkirkan toksin dan kembalikan kesihatan hati

3 biji selepas sarapan

RM156.25

Alfalfa Complex

Menggalakkan pergerakan usus yang sihat dan penghadaman sihat

3 biji selepas sarapan

3 biji selepas makan tgh

4 biji selepas makan malam

RM102.50

Lecithin

Memecahkan makanan berlemak masa raya supaya mudah terurai dan dihadam

3 biji selepas sarapan

3 biji selepas makan tgh

4 biji selepas makan malam

RM56.00

Peppermint Ginger

Menghilangkan rasa kembung perut, sebu dan angin.

3 biji selepas makan tgh

 

RM47.50

Herblax

Melegakan sembelit

3 biji sebelum tidur

RM57.50

 

Semoga raya kali ni lebih bermakna untuk kita. Makan tengok-tengok juga. Jangan sebat aje. 


Boleh contact Shidah Abdullah 012-6240197 untuk sebarang pertanyaan dan mendapatkan vitamin Shaklee dengan konsultansi penuh.

#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

0 Comments

Follow Me On Instagram