Hari ni dah 19 Syaaban. Lagi 11 hari kita nak sambut Ramadan dan anak-anak kita pun nak memulakan persekolahan. Banyak perbelanjaan kita sebagai mak ayah perlu sediakan. Dari buku sekolah, pakaian sekolah dan pelbagai peralatan persekolahan kita perlu beli.
Bila masuk bulan ramadan, kita perlu buat persediaan raya pula bagi meraikan kemenangan sebulan berpuasa melawan dari segala hawa nafsu. Kita mestilah nak sediakan yang terbaik dan sediakan antaranya ;-
- Pakaian sedondon
- Servis kenderaan untuk pastikan kenderaan selamat
- Duit minyak nak balik ke kampung dan pergi berziarah
- Duit raya untuk mak ayah
- Duit raya anak-anak kena juga ditukar di bank.
Bermula dengan hanya sebagai pengguna, kini Shidah happy dengan keputusan untuk berbisnes bersama Shaklee. Shidah sharekan 3 cara macamana nak buat duit raya awal dengan Shaklee.
Modal bisnes baru RM35
Sekarang dengan modal hanya RM35 semua orang boleh mulakan bisnes. Memang jumlah yang kecil dan semua orang walaupun student universiti mampu.
Shidah dulu mula sebagai pengguna sahaja dengan modal RM60 untuk 'membership'. Masa tu beli set menyusu untuk tambah susu untuk anak ketiga, Kak Chik. Alhamdulillah susu meriah dan masalah kekurangan susu pun selesai. Kulit yang bermasalah jerawat pun dah semakin pudar kesan jerawat dan kulit berbeza sangat.
Kongsi kebaikan dengan kawan
Benda elokkan, kita kena kongsikan pada kawan-kawan dan ahli keluarga kita. Start la berkongsi dengan kawan-kawan dan juga di media sosial iaitu facebook masa tu. Alhamdulillah dapat support dari kawan-kawan yang start order vitamin Shaklee.
Dari situ baru nampak potensi income Shaklee rupanya besar.
Bonus Masuk 14hb
Ingat lagi tengah sesak tengah-tengah bulan, buka akaun bank ada duit masuk. Masyaallah rupanya bonus Shaklee dibayar pada setiap 14hb pada bulan seterusnya.
Jualan terkumpul Shaklee adalah dari 1hb sehingga 31hb setiap bulan. Apa maksud jualan terkumpul tu? Jualan terkumpul tu maksudnya jualan kita dan seluruh ahli pasukan kita akan dikira. Dari situlah pengiraan bonus dibuat. Maksudnya kan kita bukan berseorangan.
Bonus kita tidak ada limit
Cara kiraan bonus shaklee adalah bergantung kepada berapa jumlah point terkumpul. Selepas tu, kita akan darabkan dengan berapa percent mengikut point terkumpul kita dan akan dikalikan dengan jumlah belian PV.
Bestkan! Sebab tak ada limit tau. Siapa buat lebih dia akan dapat lebih.
Ramadhan pun lagi berapa hari je. Lepas tu kira nak buat persediaan raya pula. Jadi Shidah nak buka "PROJEK DUIT RAYA 2023" untuk sesiapa sahaja yang nak cari income atau duit raya. Confirm kalau kita buat 14hb sebelum raya kita dapat duit raya dalam akaun bank. Baru la rasa tenang kita nak buat persiapan raya awal.
Jom buat duit raya dengan Shaklee sekarang.
Semua jualan dibuat secara online. Yang penting ada handphone dan internet je untuk join Projek Duit Raya 2023 ini.
0 Comments